Sabtu, 31 Ogos 2019

Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis



Kemahiran memproses maklumat merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar untuk menggabungkan, mengintegrasikan dan mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip innduksi dan diduksi. Penguasaan terhadap aspek kemahiran memproses maklumat akan membolehkan pelajar mengenal pasti nilai maklumat serta menggunakannya untuk membuat sesuatu tugasan keputusan tujuan peribadi, profesional dan akademik.

          Pelajar perlu menguasai kemahiran memproses maklumat kerana ia adalah amat penting dalam proses pembelajaran sepanjang hayat. Ia memerlukan pembabitan atau penglibatan yang berterusan dalam bidang pembelajaran dan penilaian maklumat.

1.0 Menganalisis Maklumat Yang Dikumpul.

DEFINISI



  • Pemikiran kritis melibatkan penggunaan operasi
  • Kemahiran berfikir asas untuk menganalisis sesuatu hujah suapaya hujah itu dapat ditafsir dan difahami dengan jelas.
  • Analisis hujah perlu dibuat dengan terperinci, objektif dan gigih


TUJUAN



  • Bertujuan untuk meningkatkan pemahaman
  • Menjelaskan idea tentang maklumat yang ditemui


KEMAHIRAN MENGANALISIS SECARA KRITIS

A) Menganalisis idea
-Menganalisis sesuatu idea atau perkara dengan cara:


  • Mengelas
  • Membanding dan membaca
  • Meneliti perhubungan bahagian Keseluruhan
  • Membuat urutan


B) Menganalisis hujah


  • Mengenal pasti unsur-unsur yan digunakan dalam pemikiran apabila seseorang mengkomunikasikan idea.
  • Mencari sebab dan kesimpulan
  • Mengusul periksa andaian
  • Membuat urutan
  • Mengatur perkara-perkara mengikut satu susunan berdasarkan kriteria yang bermakna
  • Perkara yang dikaji pula boleh merupakan sesuatu subjek, organisma, idea atau institusi


Jenis-jenis Urutan

Urutan abjad:


  • Contoh: senarai nama

Urutan masa:


  • Contoh: Kesultanan Melaka

Analisis operasi


  • Contoh: Prosedur membuat kerja kursus berportfolio

Rangkaian sebab


  • Contoh: Kepupusan Dinosaur
Kitar


  • Contoh: Kitar oksigen

Pangkatan


  • Contoh: Rancangan kerja mengikut keutamaan

2.0 Mentafsir dan Mengumpul Maklumat

Maklumat dalam bentuk teks boleh ditafsirkan menggunakan kaedah analisis dokumen dengan mendapatkan tema-tema atau menyatakan semula apa yang dikatakan dalam bentuk naratif. Berikut merupakan langkah untuk mentafsir maklumat dalam bentuk teks.



  • Memecahkan data kepada bahagian kecil- mengenal pasti tema yang dibincangkan
  • Meneliti semua data untuk mencari perkaitan- menentuka perkaitan antara tema-tema
  • Membezakan fakta daripada hipotesis- mengenal pasti maklumat berbentuk fakta dan andaian
  • Membezakan idea utama dan idea sampingan

TUJUAN


  • Mengesan pola atau corak berdasarkan maklumat yang diperolehi
  • Menyata hubungan diantara maklumat
  • Membuat pentafsiran berdasarkan maklumat yang dikumpul

 Prinsip Asas Dalam Pentafsiran Terhadap Maklumat Yang Diperoleh
  • Data yang holistik
  • Memastikan kesimbangan dalam memberikan pendapat
  • Pentafsiran yang tidak mengenepikan unsur humanistic

Antara Ciri Yang Boleh Digunakan Dalam Mentafsir Maklumat
  • Bersifat holistik
  • Berasaskan maklumat 
  • Merujuk kriteria
  • Panca instrumen 
  • Berpusatkan bahan dan elemen
  • Pelbagai bentuk
  • On-Line
  • Berterusan



3.0 Menilai maklumat

Maklumat yang diperoleh perlu dinilai terlebih dahulu kerana bukan semua maklumat boleh digunakan dengan serta merta. Maklumat perlu dinilai supaya kesahihannya dijamin serta mengelakkan mana-mana pihak mendapat maklumat yang tidak sah. Oleh terdapat beberapa teknik yang diperkenalkan untuk menilai maklumat ataranya seperti berikut:




3.1 Perbandingan Fakta Dan Pendapat

          Fakta ialah sesuatu yang diketahui umum sebagai benar-benar wujud, benar atau sahih. Dalam erti kata lain, tidak dapat dipertikakan. Pendapat pula merujuk kepada fahaman atau pandangan seseorang atau sesebuah pihak mengenai sesuatu isu. Dalam erti kata lain, pendapat merupakan kepercayaan atau buah fikiran seseorang atau organisasi. ia tidak semestinya benar dan sahih. misalnya perempuan itu sangat cantik. Ayat ini merupakan pendapat daripada seseorang individu atas pandangannya dan bukan pendapat semua orang

3.2 Tahun Penerbitan Dan Autoriti

         Seperti yang kita, maklumat-maklumat yang terkini dapat diperolehi daripada bahan-bahan mmaklumat yang terbaharu. Bagi menilai samaada makluat yang diperoleh baharu atau tidak , kita boleh menyemak tarikh penerbitan daripada maklumat yang kita peroleh. Autoriti pula adalh penting untuk mengetahui asal-usul maklumat yang diperolehi dan untuk menilai samaada maklumat tersebut boleh dipercayai atau sebaliknnya. bagi menentukan pengesahan maklumat, anda perlu menyemak perkara-perkara berikut:




3.3 Kumpulan Sasaran Dan Penerbitan

         Kemahiran menilai maklumat sangat penting kerana ia proses dalam menentukan samaada sesuatu maklumat yang diperolehi berguna ataupun tidak. Maklumat yang disasarkan kepada golongan belia atau golongan pelajar sekolah menengah adalah kurang sesuai untuk pelajar-pelajar yang berpendidikan universiti atau golongan profesional. Berikut adalah turutan daripada yang tinggi kepada golongan yang tinggi.




3.4 Bahan Popular Dan Akademik

         Bahan-bahan popular seperti Sasbadi, Pelangi dan lain-lain sering memaparkan maklumat yang berpendapat dan kurang berfakta jika dibandingkan dengan bahan akademik seperti buku teks yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat yang diperolehi dalam bahan-bahan akademik kebanyakannya mempunyai bahan rujukan maklumat yang lain yang telah dirujuk oleh penulis yang lain.. Dalam konteks perguruan, kebolehan kita menilai akan membolehkan kita membuat transformasi dan refleksi terhadap apa yang telah dilakukan, khususnya dalam pembelajaran dan pengajaran. Hal ini juga membolehkan kita sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru, hasil daripada yang telah dilalui.


4.0 Mensintesis Maklumat Untuk Menghasilkan Bahan Bertulis

         Peringkat sintesis adalah peringkat untuk menjadikan data dalam bentuk baru dan bersepadu melalui kemahiran mengolah dan mencadangkan pembaharuan atau kefahaman baru. Peringkat ini dapat memudahkan pemahaman daripada pelbagai sumber maklumat dimana pelajar perlu menyediakan data yang lebih sistematik supaya data dapat disintesis dengan lebih sempurna. Proses ini juga menggabungkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan gambaran secara menyeluruh dengan cara:

  • Menggabungkan idea
  • Menggubalkan semula
  • Menyatukan idea-idea
         Proses sintesis yang yang dijalankan dengan baik dan sempurna akan menjadikan maklumat lebih bermakna  agar mudah difahami oleh pembaca. Laporan bertulis digunakan untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa yang berlaku. Dalam menulis laporan, penulis hendaklah mengetahui segala butir tentang hal atau peristiwa, isu atau tajuk yang perlu disampaikan. Butiran yang perlu dimasukkan adalah apa, siapa, bila, dimana dan mengapa. Ellins dan Hopkisn (1985) tela mendefinisikan laporan sebagai dokumen untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca yang khusus. Menurut Nuraini (1991:69) laporan juga boleh dikategorikan berdasarkan tujuan  penulisan yang dikenal pasti sebagai:

  • Makluman
  • Pemujukan
  • Penerangan
  • Sejarah
Bagi mendapatkan laporan yang tepat, pelapor seharusnya
  • Membuat sesuatu penyelidikan atau catatan aktiviti
  • Membuat rekod sesuatu peristiwa
  • Menganalisa aktiviti
  • Mensintesiskan sesuatu pelan tindakan 
  • Menghuraikan sesuatu peristiwa
4.1 Penyediaan Laporan Bertulis

         Terdapat beberapa cara untuk menyediakan laporan bertulis dan cara berkenaan bergantung kepada tajuk yang dibincangkan dan kebolehan penulis untuk menyiapkan laporan berkenaan.

Antara cara menyediakan laporan:
  • Memilih topik sekiranya tidak diberikan 
  • Mendapatkan maklumat daripada pebagai sumber
  • Meneliti dan memilih maklumat yang relevan dengan topik
  • Membuat nota
  • Menyediakan kerangka laporan 
  • Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik 
  • Melengkap laporan dengan jadual, graf dan bahn grafik yang sesuai
  • Menyemak draf
  • Membuat pemurnian dan menulis draf kedua 
  • Menerbitkan laporan
Panduan Menulis Laporan
  • Tajuk kajian, nama penyelidik dan tarikh laporan diselesaikan
  • Penghargaan
  • Abstrak
  • Halaman kandungan
  • Latar belakang kajian 
  • Pernyataan masalah/ isu keprihatinan/ fokus kajian
  • Objektif kajian
  • Metadologi kajian
  • Perancangan
  • Pelaksanaan perancangan
  • Dapatan kajian
  • Refleksi
  • Kesimpulan dan cadangan
  • Rujukan
  • Lampiran


Disediakan oleh: Wan Nurfairuz Syaimaa Binti Meor Salehuddin
                            PPISMP sem 1 Bahasa Melayu 4