Ahad, 1 September 2019

Sistem Pergurusan Pembelajaran ( Learning Management System)


SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LEARNING MANAGEMENT SYSTEM)




MAKSUD SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
  • Sistem pengurusan pembelajaran ialah sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah, universiti, institut, dan kolej melalui internet.
  •  Merupakan aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi, dan laporan program latihan, program e-pembelajaran dan kadar latihan.
  • anya merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dgn MAMPU.
  • MAMPU telah merintis LMS di bawah inisiatif Open Soft Software (OSS)




LMS boleh dibahagikan kepada dua katagori :





Open source

Proprietary


----------------------->



----------------------->



Contoh bagi LMS proprietary yang biasa digunakan ialah Blackboard.



Contoh bagi LMS Open Source pula ialah Moodle yang digunakan secara meluas dan popular kerana ianya percuma dan boleh diubah suai.








CIRI-CIRI PENGURUSAN PEMBELAJARAN
  • Kemudahan penilaian iaitu dapat mengesan kemajuan pelajar melalui ciri-ciri penilaian.
  • Meletakkan bahan kursus di atas talian.Contohnya seperti nota atau latihan.
  • Mempunyai kalendar kursus.
  • Membantu memudahkan pengurusan dilakukan ke atas pelajar.
  • Membantu pensyarah mengurus subjek yang ditawarkan.
  •  Kemudahan komunikasi yang mudah.
  • Sistem Pengurusan Pembelajaran biasanya menggunakan internet melalui e-learning yang diperoleh dalam laman weh universiti atau kolej.




Gambar ini menunjukkan contoh Sistem Pengurusan Pembelajaran oleh Institut Pendidikan Guru.




KELEBIHAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN
  •  Pelajar dapat merancang pembelajaran.
  •  Dapat berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan sekelas secara maya.
  •  Pelbagai maklumat dapat diperoleh dengan mudah.
  •  Pengurus kursus dapat mendaftarkan pelajar mengikut kursus
  •  Dapat menjalankan program kepada pelajar.
  •  Pengurus pusat pembelajaran dapat menguasai penggunaan suatu perisian kursus
  • Dapat menggunakan bahan dari pelbagai sumber.



KEPENTINGAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
  •          Pelajar dapat menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif kerana pembelajaran boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
  •       Membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.
  •      Pelajar dapat berkomunikasi dengan pakar dari Universiti melalui aplikasi blackboard atau sebagainya.
  •       Mewujudkan pembelajaran berpusat.



TUJUAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
  •       Memudahkan pelajar untuk mengetahui tentang pengumuman penting.
  •      Memudahkan pelajar untuk berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan untuk menyelesaikan tugasan.
  •    Memudahkan pelajar untuk membuat rujukan ketika membuat sesuatu tugasan.
  •     Memudahkan penyampaian kursus atas talian.




   KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

  •            Sistem pengurusan pembelajaran amat penting dan mampu memberi impak yang sangat besar kepada asas aktiviti dalam pelbagai institut pendidikan. Sistem pengurusan pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam latihan  dan dijadikan pengukur kemahiran perniagaan.Ia perlu diselariakn dengan prosedur standard untuk semua aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran.


  •       Learning Management system (LMS) menawarkan pelbagai alatan dan menyediakan kursus yang lebih berkesan dan ia adalah alatan yang sesuai untuk memperkemaskan pembelajaran dengan menggunakan kelebihan yang terdapat di internet tanpa mengabaikan kepentingan seorang guru.

  •           Salah satu contoh aplikasi ialah Moodle.Ianya merupakan salah satu perisian yang dilihat mempunyai nilai yang tinggi penggunaanya dalam sistem pendidikan,terutama univerisiti dan institusi pendidikan tinggi yang lain.Kelebihan utama ialah perisian Sumber terbuka mempunyai fungsi yang boleh disesuaikan dan diubah bagi memenuhi kehendak pengguna.Moodle semakin mendapat populariti dalam kalangan universiti dunia.


  •      Sistem Pengurusan Pembelajaran yang sedang dilaksanakan ini merupakan  projek kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah merintis Learning Management System (LMS) di bawah inisiatif Open Source Software (OSS).Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), KPM ialah penyelaras projek rintis ini.


  •           LMS digunakan oleh pelajar di sekolah, pelajar di institut pengajian tinggi, ahli perniagaan, kerani di pejabat. Selain itu, ia juga digunakan oleh institusi penyelidikan



Senarai Open Source Software yang digunakan oleh LMS :

UNI
  • Adobe Captive 
  • Adobe Photoshop
  • LINUX
  • DOS
  • UNIX
  • Moodle

Disediakan oleh: Siti Nur Solehah Binti Noor Azeri
                            PPISMP semester 1 Bahasa Melayu 4


Penyesuaian Sosial



  
Maksud:
Penyesuaian itu dieertikan sebagai suatu proses mengadaptasi.
Penyesuaian sosial bemaksud :
  • kemahiran seseorang individu untuk menyesuaikan diri dalam kelompok sosial yang baharu.


  • Kemahiran untuk menangani tekanan yang dicetuskan oleh tuntutan-tuntutan yang terdapat dalam pesekitaran tersebut.


  • Menurut Hurlock,(1990) Ia merupakan kemampuan untuk berinteraksi secara efektif dan sihat terhadap sesuatu situasi, realiti dan keadaan sehingga tuntutan hidup bermasyarakat dipenuhi dengan cara yang dapat diterima.

KEMAHIRAN INTERPERSONAL






https://player.slideplayer.com/89/14260503/slides/slide_5.jpg


  • Menurut pandangan Gardner, (1983)  ,kemahiran interpersonal ialah keupayaan memahami orang lain dan menggunakan kebolehan ini dalam berinteraksi, bekerjasama, membimbing dan menguruskan komunikasi.

  • kemahiran intrapersonal digunakan untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu


KEPENTINGAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL

  • Intrapersonal terbahagi kepada dua:
1.       Komunikasi Verbal ( lisan )
  • Berlaku secara langsung apabila dua atau lebih orang berbual secara bersemuka
  • Komunikasi verbal melibatkan penggunaan bunyi-bunyi bahasa yang bermakna
  • Oleh itu, sebutan mesti jelas, lancer dan nada yang bersesuaian 
2.       Komunikasi non verbal ( bukan lisan )
  • semua bentuk tingkahlaku yang bukan lisan dan bertulis
  • Melibatkan bunyi, pergerakan anggota badan, mimik muka dan objek


Terdapat beberapa cara untuk berkomunikasi menggunakan kemahiran interpersonal:

Tuntasnya, kemahiran interpersonal perlu menggunakan lebih daripada satu pancaindera untuk meangkap mesej yang ingin disampaikan oleh lawan bicara dan memahami dengan lebih mendalam perasaan seseorang individu bagi membolehkan kita menyelesaikan masalah, berkongsi maklumat,membaiki persepsi diri dan memenuhi keperluan social seperti ingin menyayangi dan disayangi.


KEMAHIRAN INTRAPERSONAL
DEFINISI:
  • Kemahiran intrapersonal ialah kemampuan kognitif individu untuk memahami dan mengenali diri sendiri.


  • Menurut Barker & Edwards (1980), “Intrapersonal communication is about communication at level of the individual”. Apabila  diertikan dalam Bahasa Melayu ia bermaksud komunikasi interpersonal ialah tentang komunikasi yang mengikut tahap seseorang individu.
Tujuan:
  • Memupuk keyakinan dan percaya diri.
  • Menentukan hala tuju kehidupan
  • Mempunyai prinsip dan azam yang kuat dalam diri.
  • Mampu berdiri atas kaki sendiri.
Antara aktivti yang boleh dilakukan untuk memperbaiki kemahiran interpersonal ialah:













Pendek kata,dalam kemahiran intrapersonal,seseorang dapat mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam serta membuat taggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kemahiran ini membolehkan seseoran mempelajari siapa dirinya, apakah perasaanya, apa yang ingin dilakukannya dana pa yang perlu dielakkan. Seseoran yang mempunya kemahiran intrapersonal sentiasa berwaspan dan mempunyai wawasan walaupun kurang bersosial dan lebih suka bersendirian.

PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN

Image result for student

DEFINISI:
Komuniti bermaksud kumpulan indidvidu yang mempunyai sifat-sifat (kecenderungan , kepentingan) yang serupa.( Kamus Dewan edisi Keempat )
Umumnya, komuniti bolehlah diertikan sebagai kumpulan individu yang tinggal disesuatu tempat dan saling berinteraksi antara satu sama lain termasuk benda hidup dan benda bukan hidup.
Pembelajaran pula didefinisikan sebagai perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman
(Slavin, 1997; Mazur, 1990; Rocklin, 1987)
.


Manakala komuniti pembelajaran pula  bermaksud sekumpulan manusia yang berkongsi nilai dan kepercayaan dan secara aktif belajar bersama-sama serta saling belajar daripada individu lain.


Kepentingan belajar dalam komuniti:
  • Membina kesedaran bekerjasama.
  • Memudahkan proses mengingat.
  • Memberikan rasa berjaya.
  • Sesuai dengan cara semula jadi manusia.


  • Komuniti pembelajaran professional di institute pendidikan guru (IPG) terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran, bekerja secara kolaboratif, memperbaiki kemahiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
Rumusannya, komuniti pembelajaran ialah salah satu pembelajaran yang paling sesuai diperlukan untuk memastikan pembelajaran berkesan berlaku. Sekolah atau bilik darjah ialah contoh komuniti pembelajaran  dan ia boleh disamakan dengan satu keluarga yang rapat, satu bentuk kejiranan yang sepakat atau satu kumpulan yang jelekit dalam aspek hubungan sesama ahli.
Isu-isu Perkongsian Maklumat


  • Perkongsian melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  • Boleh diakses melalui penggunaan internet seperti blog, Skype, Facebook , Twiter dan sebagainya




1.Blog 

Image result for blog
  • Membolehkan pelajar mempunyai kemahiran menggunakan sumber maklumat internet.
  • Meningkatkan motivasi untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran.
  • Membina pemikiran kritis melaluin penggunaan ruang komen.
  • Merupakan portal kreativiti dan inisiatif sendiri kerana idea yang baik mendapat markah yang lebih baik dari pensyarah.





2. Skype


  • Digunakan untuk melakukan sesuatu perkara bersama-sama walau dimana pun  pengguna skype itu berada.
  • Memudahkan berkongsi pengalaman dengan orang lain.
  • atu perisian percuma yang membolehkan seseorang berbual dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia.


3. Facebook




  • Digunakan untuk muat naik gambar, membolehkan rakan tag nama kepada gambar, melihat orang lain, serta menulis komen dan anotasi gambar.
  • Boleh membina set gambar untuk menyusun dengan mudah
  • Dapat menyertai kumpulan topik perbincangan bagi memupuk kesedaran berkomuniti.
  • Memberi peluang kepada pelajar yang menceburi bidang fotografi dan subjek seni.



Isu-isu Gender Dalam Kecemerlangan Akademik


Image result for gender



  • Gender adalah perbezaan sifat, peranan, fungsi, dan status antara lelaki dan perempuan.


  • Peranan antara lelaki dan perempuan berubah mengikut budaya, keadaan dan situasi di mana mereka berada.


  • Dalam akademik, wanita lebih menguasai dan lebih cemerlang.
Perbezaan sifat pelajar lelaki dan perempuan dalam  belajar
Perempuan 
lelaki
Lebih cepat matang
Lambat matang 
Lebih teliti dalam membuat kerja
Kurang teliti dalam membuat kerja
Sering membawa buku ke dalam kelas
Kurang gemar membawa buku 
Lebih kusyuk di dalam kelas
Lebih cepat bosan


Namun, pada tahap tertentu, kematangan lelaki dalam berfikir menjadi sangat pantas dan lelaki berfikir menggunakan akal dan perempuan berfikir lebih menggunakan emosi.


  • Bilangan pelajar di universiti awam dan swasta dikuasai oleh 70% wanita.
  • Ketidakseimbangan gender di universitI ini disebabkan :


  • Sistem pendidikan di Malaysia yang mementingkan pencapaian pengetahuan berbanding keperluan sebenar pendidikan sebagai memenuhi tuntutan hidup.


Kesimpulannnya, bagi mengatasi ketidakseimbangan tersebut, kita perlu keluar dari bentuk sistem pendidikan yang bersifat punitif. Ia bagi membolehkan mereka yang lambat memahami proses menerima pengetahuan mendapat peluang kedua dan ketiga. Ia sekaligus dapat mengurang masalah sosial atau jenayah yang disebakan oleh golongan yang tidak diberi peluang pendidikan ini.

Disediakan oleh: Nur Alia Khairunissa Binti Saad
PPISMP semester 1 Bahasa Melayu