SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LEARNING MANAGEMENT SYSTEM)
MAKSUD SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
- Sistem pengurusan pembelajaran ialah sebuah aplikasi pendidikan untuk
membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah, universiti, institut,
dan kolej melalui internet.
- Merupakan aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi, dan laporan
program latihan, program e-pembelajaran dan kadar latihan.
- anya merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama antara
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dgn MAMPU.
- MAMPU telah merintis LMS di bawah inisiatif Open Soft Software (OSS)
LMS boleh dibahagikan kepada dua katagori :
|
Open source
|
|
Proprietary
|
----------------------->
----------------------->
Contoh bagi
LMS proprietary yang biasa digunakan ialah Blackboard.
Contoh bagi
LMS Open Source pula ialah Moodle yang digunakan secara meluas dan popular
kerana ianya percuma dan boleh diubah suai.
CIRI-CIRI PENGURUSAN PEMBELAJARAN
- Kemudahan penilaian iaitu dapat mengesan kemajuan pelajar melalui ciri-ciri penilaian.
- Meletakkan bahan kursus di atas talian.Contohnya seperti nota atau latihan.
- Mempunyai kalendar kursus.
- Membantu memudahkan pengurusan dilakukan ke atas pelajar.
- Membantu pensyarah mengurus subjek yang ditawarkan.
- Kemudahan komunikasi yang mudah.
- Sistem Pengurusan Pembelajaran biasanya menggunakan internet melalui e-learning yang diperoleh dalam laman weh universiti atau kolej.
Gambar ini menunjukkan contoh Sistem Pengurusan Pembelajaran oleh Institut Pendidikan Guru.
KELEBIHAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN
- Pelajar dapat merancang pembelajaran.
- Dapat berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan sekelas secara maya.
- Pelbagai maklumat dapat diperoleh dengan mudah.
- Pengurus kursus dapat mendaftarkan pelajar mengikut kursus
- Dapat menjalankan program kepada pelajar.
- Pengurus pusat pembelajaran dapat menguasai penggunaan suatu perisian
kursus
- Dapat menggunakan bahan dari pelbagai sumber.
KEPENTINGAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
- Pelajar dapat menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif kerana
pembelajaran boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
- Membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara
digital atau laman web.
- Pelajar dapat berkomunikasi dengan pakar dari Universiti melalui aplikasi blackboard atau sebagainya.
- Mewujudkan pembelajaran berpusat.
TUJUAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
- Memudahkan pelajar untuk mengetahui tentang pengumuman penting.
- Memudahkan pelajar untuk berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan untuk
menyelesaikan tugasan.
- Memudahkan pelajar untuk membuat rujukan ketika membuat sesuatu tugasan.
- Memudahkan penyampaian kursus atas talian.
KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN
PEMBELAJARAN
- Sistem pengurusan pembelajaran amat penting dan mampu memberi impak
yang sangat besar kepada asas aktiviti dalam pelbagai institut pendidikan.
Sistem pengurusan pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam latihan dan dijadikan pengukur kemahiran perniagaan.Ia
perlu diselariakn dengan prosedur standard untuk semua aktiviti-aktiviti
pembelajaran dan pengajaran.
- Learning Management system (LMS) menawarkan pelbagai alatan dan menyediakan kursus yang lebih berkesan dan ia adalah alatan yang sesuai untuk memperkemaskan pembelajaran dengan menggunakan kelebihan yang terdapat di internet tanpa mengabaikan kepentingan seorang guru.
- Salah satu contoh aplikasi ialah Moodle.Ianya merupakan salah satu
perisian yang dilihat mempunyai nilai yang tinggi penggunaanya dalam sistem
pendidikan,terutama univerisiti dan institusi pendidikan tinggi yang lain.Kelebihan
utama ialah perisian Sumber terbuka mempunyai fungsi yang boleh disesuaikan dan
diubah bagi memenuhi kehendak pengguna.Moodle semakin mendapat populariti dalam
kalangan universiti dunia.
- Sistem Pengurusan Pembelajaran yang sedang dilaksanakan ini merupakan projek kerjasama di antara Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (MAMPU) telah merintis Learning Management System (LMS) di bawah
inisiatif Open Source Software (OSS).Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), KPM
ialah penyelaras projek rintis ini.
- LMS digunakan oleh pelajar di sekolah, pelajar di institut pengajian
tinggi, ahli perniagaan, kerani di pejabat. Selain itu, ia juga digunakan oleh
institusi penyelidikan
Senarai Open Source Software yang
digunakan oleh LMS :
UNI
- Adobe Captive
- Adobe Photoshop
- LINUX
- DOS
- UNIX
- Moodle
Disediakan oleh: Siti Nur Solehah Binti Noor Azeri
PPISMP semester 1 Bahasa Melayu 4





Tiada ulasan:
Catat Ulasan